Nikkei Business Publications (syarikat)

Nikkei Business Publications, Inc. (株式会社日経BP, Kabushiki-gaisha Nikkei Bī Pī), atau lebih dikenali dengan nama Nikkei BP (日経BP社, Nikkei Bī Pī sha), adalah sebuah syarikat penerbitan buku dan majalah di Tokyo, Jepun. Syarikat ini diasaskan sebagai "Nikkei McGraw-Hill, Inc." (日経マグロウヒル株式会社), sebuah gabungan diantara Nihon Keizai Shimbun (Nikkei) dan syarikat penerbitan McGraw-Hill pada tahun 1969. Nikkei kemudiannya mengambil alih sepenuhnya pada tahun 1988 dan menjadi anak syarikat.[1]Nikkei BP terkenal dengan penerbitan pelbagai majalah dalam bidang perniagaan dan teknologi yang berfokus, dan sistem jualan langsung majalah tersebut.

Nikkei Business Publications (syarikat)

Syarikat induk Nihon Keizai Shimbun
Diasaskan pada 1969; 54 tahun yang lalu (1969) (sebagai Nikkei McGraw-Hill, Inc.)
Chiyoda, Tokyo, Japan
Laman web rasmi nikkeibp.com
Hasil JPY 36.8 billion (2018)
Bilangan pekerja 765 (2018)